Kalau anda rasa ragu dengan usia untuk mula mengembara, jangan tewas dengan semangat nenek ini. Liu Chengxin nenek yang berasal dari Provinsi Jiansu, China ini dinobatkan sebagai manusia yang paling tua di daerahnya.

Apa yang menarik tentang nenek ini adalah semangatnya untuk mengembara mengelilingi dunia pada usia 101 tahun, cukup mengagumkan. Berita ini mula tersebar luas setelah permohonan pasport pertamanya dibuat pada minggu lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

passport nenek 101 tahun

Alasan nenek Liu adalah untuk menjadikan impiannya mengelilingi dunia menjadi kenyataan. Menurut laporan dari Beijing Morning Post, permohonan pasport rakyat China memang tiada had umur, jadi tiada masalah untuk membuat permohonan pasport walaupun pada usia 100 tahun.

Racangan pengembaraan nenek Liu akan bermula dengan mengelilingi beberapa negara asia seperti Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Tibet dan Macau. Nenek Liu sangat beruntung, bukan sahaja permohonan paspot, malah penerbangan ke Hong Kong dan Macau menaikki pesawat juga telah diluluskan.

Buat pengetahuan anda, nenek Liu merupakan nenek kepada 40 orang cucu dan ibu kepada 10 orang anak.

Orang muda, apa kata anda?