Nota Editor: Kisah ini telah dikongsikan di Facebook Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kami kongsikan semula di Vocket dengan izin dari penulis. Semoga ia memberi iktibar buat kita.

Pasar borong pagi tu sesak. Orang ramai memenuhi pasar membeli pelbagai. Ayam kampung, daging lembu, daging kambing, dan ikan beraneka jenis. Dalam keriuhan dan kemeriahan orang membeli belah pelbagai barang, seorang nenek tua beratur di depan menunggu giliran buat bayaran.

Di tangannya ada plastik.

Dalam plastik ada 5 biji ubi kentang. Nenek tua tu pandang plastik dia beberapa kali lalu nenek tu simpan balik 2 biji. Tinggal tiga biji saja.

Menyedari dirinya diperhati, nenek tua tu tersengih lalu berbisik perlahan, “heh heh, takut duit tak cukup…”

Berapa sangatlah harga ubi kentang tu.

Sewaktu nenek tua di hujung usia tu tiada duit nak beli ubi kentang itu, sewaktu itu jugalah orang kenamaan angkuh itu pakai jam tangan harga beratus ribu.

Waktu nenek tu kira duit syiling takut tak cukup nak bayar harga ubi, waktu itulah ahli politik dan rakyat nak bercakaran gaduh isu politik itu ini.

“Nenek, saya terlebih beli ubi kentang dan pisang ni satu plastik. Nenek ambik jelah ye.”

Nenek tu senyum-senyum sambil mengangguk.

Dalam dunia luas ni, kita akan jumpa apa yang kita cari. Cari anak yatim nak tolong mereka, kita akan jumpa rumah anak yatim. Cari ilmu, kita akan jumpa kedai buku dan guru.

Carilah diri sendiri Ramadhan ini. Carilah kemanusiaan dalam hati.

Wassalam

 

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram