Apabila menjual rumah, sedikit kreativiti (seperti roller coaster mengelilingi rumah) dapat menjadikan rumah anda lebih terserlah berbanding rumah-rumah lain.

nenek-jual-rumah-04

Semasa sedang menyediakan iklan untuk jualan rumahnya di Davenport, Florida, Yolie Ball meminta pertolongan anaknya, Sandra untuk menangkap gambar. Nenek berusia 86 tahun ini baru sahaja hendak melangkah keluar daripada shot gambar, tetapi sebagai gurauan Sandra meminta ibunya beraksi, seperti – mengintai dari balik pintu, mengampu dagu di kabinet dapur, dan bersantai di sunroom. Efek “photobombing” ditambah pula dengan daya tarikan semulajadi nenek comel ini, menjadikan iklan rumah ini sebagai satu siri gambar yang lucu.

Cucu Yolie, Makenzie, tertarik dengan aksi lucu neneknya, lantas berkongsi gambar-gambar ini di Twitter, hanya untuk berkongsi ketawa dengan rakan-rakan baiknya.

https://twitter.com/asapmakky/status/580927198141423616

Apa yang Makenzie tidak tahu, rupa-rupanya orang lain pun sukakan gambar-gambar itu, lalu tersebar pantas ke seluruh Internet. Status Makenzie telah di-retweet semula sebanyak 40,000 kali! Setiap hari, Yolie Ball menjadi semakin terkenal, tetapi seperti gambarnya, beliau masih kekal ‘cool’ dan comel.

“Nenek saya adalah seorang yang selalu gembira, dan beliau teruja kerana berjaya membuat orang ramai tersenyum,” kata Makenzie kepada Buzzfeed.

Mari lihat gambar-gambar aksi lucu nenek cool ini.

nenek-jual-rumah

nenek-jual-rumah-04

nenek-jual-rumah-02

nenek-jual-rumah-03

Semoga ada yang mahu beli rumah nenek ini dengan segera!

TONTON: Jawapan Epik Oleh Nenek Comel Ini Bakal Buat Joe Flizzow Tersenyum Lebar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram