Selepas India mengambil langkah menghadkan masa bermain Player Unknown Battlegrounds Mobile (PUBG) , Nepal pula mengambil tindakan lebih drastik dengan mengharamkan aplikasi permainan mudah alih tersebut berikutan kandungan permainan video berkenaan yang dikatakan penuh dengan unsur ‘ganas’.

Malah, menurut Timbalan Pengarah Nepal Telecommunications Authority (NTA), Sandip Adhikar pengisytiharan pengharaman PUBG turut dibuat kerana permainan berkenaan menimbulkan ketagihan dan boleh membawa kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak berkuasa telekomunikasi Nepal mengeluarkan pekeliling kepada semua penyelia perkhidmatan internet untuk menyekat PUBG susulan arahan daripada mahkamah Kathmandu.

Baca lagi: Permainan PUBG Mobile Akan Dihadkan Waktu Permainan Selama 6 Jam Sahaja Sehari