Sejak kebelakangan ini, Nestlé agak struggle dalam mengukuhkan pemasaran jenama jenama mereka. Terbaru, mereka telah menukarkan laman web Nescafé dari dotcom ke Tumblr dengan harapan dapat mendekatkan jenama dengan demografik yang lebih muda dan membolehkan pengguna memuat naik konten berkaitan produk mereka yang mana tidak boleh dilakukan oleh laman web tradisional.

Ketua pemasaran Nescafé Michael Christment berkata “the dotcom ialah refleksi kami bercakap kepada orang dan pendekatan ini sudah mati. Ia sepatutnya menjadi lebih komunikasi dua hala.” Pendekatan baru ini akan menyaksikan gergasi dalam industri makanan ini memindahkan kesemua laman webnya ke Tumblr.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dengan menggunakan Tumblr, Nescafé dapat menjadikan ianya sebuah laman web yang interaktif, daripada text, gambar, link, muzik dan video. Mereka dapat mengumpulkan konten konten inspirasi daripada pengguna dengan mudah seterusnya menyebarkannya kepada laman laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Nestlé menggunakan Nescafé sebagai ekseperimen untuk melihat sejauh mana potensi dan hasil pemasaran sosial berbanding pemasaran tradisional yang mengambil selebriti atau individu berpengaruh sebagai duta produk. Sama ada pemasaran sosial boleh menjadi asas pemasaran Nestlé atau tidak kelak ia bergantung kepada hasil daripada pendekatan baru ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber