Aroma kopi premium Starbucks yang mempunyai kelainan berbanding jenama kopi lain yang berada di pasaran menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia. Kini anda boleh menikmati minuman kopi Starbucks di rumah tanpa perlu berasa bimbang kedai Starbucks telah tutup kerana telah lewat malam atau teringin kopi pada awal pagi.

Nestle telah bekerjasama dengan Starbucks melancarkan Starbucks at Home khas untuk pengguna di Malaysia dan Singapura pada 23 Ogos 2019 yang lalu. Untuk pengetahuan anda, bagi ‘Starbucks at Home’ ini, ia menampilkan 11 produk termasuk biji kopi beserta kopi panggang dan kisar.

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Screenshot 2019-08-27 at 1.22.29 PM

Nestle Starbucks at Home launch – 119

Malah, kapsul kopi Starbucks juga diperkenalkan dan ia dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafe Dolce Gusto. Kerjasama ini dapat dilihat menggandingkan tiga jenama kopi terkemuka iaitu Nescafe, Nespresso dan Starbucks yang pastinya membuka peluang dalam pasaran kopi. 

Harga bagi produk Starbucks yang dijual bermula pada harga RM30 dan antara produk yang dijual ialah Starbucks caramel machchiato, cappucino, latte macchiato, espresso roast dan single origin colombia. Jika anda berminat untuk membeli produk ‘Starbucks at Home’ ini, anda boleh beli ia di Lazada dan juga laman web Nescafe Dolce Gusto serta ia akan mula dijual di perniagaan runcit dalam masa terdekat.

Anda kini dapat membuat sendiri kopi yang memiliki rasa sama seperti di-brew di Starbucks. Untuk produk Starbucks yang lain, boleh baca di bawah:

Starbucks Malaysia Perkenalkan Pewangi Kereta Edisi Terhad

Starbucks Malaysia Lancar Koleksi Selendang Edisi Khas Bersama Naelofar

Anda Mungkin Suka