Biasa makan Tokyo Banana? Ianya seperti roti Twiggies yang biasanya dibeli sebagai souvenir selain key chain untuk diberi kepada rakan atau keluarga. Tokyo Banana mula dijual di Jepun pada tahun 1991 dan popular di kalangan pelancong sehingga kini.

kit 1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kit Kat yang sebelum ini hadir dengan pelbagai perisa unik seperti green tea dan sushi bakal menghasilkan Kit Kat dengan perisa Tokyo Banana. Ianya mengekalkan konsep Tokyo Banana apabila krim perisa pisang akan terkandung di dalam Kit Kat ini dan menjadikannya Kit Kat yang sangat berlainan dengan yang original.

Waffle Kit Kat ini nanti turut mempunyai bentuk persis pisang kecil di mana ianya bersambung di atas dan terpotong di bawah. Perkataan Tokyo Banana juga ditulis pada permukaan coklat ini disamping logo pisang di atasnya.
kit cover

kit 4

Kit Kat ini boleh dibeli terlebih dahulu di Tokyo Okashi Land bermula 15 November ini dan tempat-tempat lain mengikut secara berperingkat. Ianya akan hadir dengan pek 8 dan 15 dengan harga 650 Yen (RM24) dan 1200 Yen (RM44). Kalau anda tak tahu hendak beli souvenir apa untuk sesiapa yang memesan, belikan sahaja mereka Kit Kat ini. Nampak sedap!

Sumber