Dalam usaha membawa detik-detik istimewa kopi Starbucks ke dalam kehidupan harian rakyat Malaysia, rangkaian Starbucks Sedia Diminum (RTD) telah dilancarkan di seluruh negara pada 21 Mac 2023.

Pelancaran Starbucks RTD di Malaysia melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik iaitu Starbucks® Frappuccino® dan juga Starbucks® Doubleshot™.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™ (220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Rangkaian Starbucks RTD yang baharu ini ialah hasil kerjasama antara Nestlé dan Starbucks yang diumumkan pada 2021 di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut.

Rangkaian kopi Starbucks RTD boleh didapati menerusi pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih.