Sebuah kerjasama mega bernilai $7.15 bilion (RM28.20 bilion) diantara dua jenama pengeluar kopi terbesar iaitu Nestlé dan Starbucks bakal berlangsung tidak lama lagi.

Melalui kerjasama kedua dua syarikat pesaing ini, Starbucks berpeluang meletak kopi berpaket keluaran mereka di tempat dan ruang Nestlé di seluruh pasaraya. Dalam erti kata lain, kerjasama ini merujuk kepada penawaran ruang penjualan buat Starbucks di pasaran terbuka. Berikut merupakan jumlah penjualan kopi berpakat Nestlé dan Starbucks di Amerika Syarikat serta pasaran global.

Screen Shot 2018-05-07 at 4.15.28 PM

Bagi melancarkan lagi operasi diantara kedua-dua buah syarikat ini, sebanyak 500 pekerja Starbucks bakal menyertai Nestlé. Selain itu, jenama Starbucks bakal turut digunakan pada kapsul kopi Nespreso dan Dolce Gusto seawal tahun hadapan.

Berdasarkan laporan tahun lalu, Starbucks berjaya meraih $1.8 bilion (RM7.10 bilion) melalui penjualan kopi berpaket di cawangan-cawangan Starbucks. Kerjasama bersama Nestlé ini bakal memperlihatkan penjualan kopi berpaket Starbucks ini meningkat tiga kali ganda.

Kerjasama bernilai $7.15 bilion (RM28.20 bilion) ini juga sekaligus bakal menjadikan kerjasama termahal pernah dilakukan Nestlé sejak mula ditubuhkan. Perjanjian diantara kedua-dua buah syarikat ini dikatakan bakal berlangsung di akhir tahun ini.

Sumber