Palestin menyambut baik nasib yang bakal diterima oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang bakal digulingkan oleh musuh politiknya. Namun dalam pada keseronokan melihat Netanyahu dijatuhkan, Palestin sedar bahawa bakal penggantinya, Naftali Bennet lebih kejam dan radikal.

Untuk pertama kalinya dalam 12 tahun, Israel mungkin akan merasa pemerintahan yang baharu. Bennet disebut-sebut bakal menjadi pengganti kepada Netanyahu. Bennet juga terkenal dengan fahaman yang radikal dan beberapa hari lepas, dia dengan lantang menyebut bahawa negara Palestin tidak wujud.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
merlin_93078415_eb0db341-9af6-48c1-8da9-5eb567b98a76-superJumbo
New York Times/Uriel Sinai 

Bagi rakyat Israel, perubahan kuasa ini mungkin adalah sesuatu yang patut dirayakan. Namun bagi rakyat Palestin, ia seolah-olah tidak akan berubah. Umpama keluar mulut harimau dan masuk ke dalam mulut buaya. Di mana Dimitri Diliani, anggota Revolulis Fatah mengatakan bahawa pemerintahan Israel yang akan datang tidak akan memberi apa-apa harapan baru untuk Palestin.

“Gabungan itu muncul sebagai hasil pertarungan antara dua kubu sayap kanan. Itu bukan perjuangan antara kumpulan pro dan anti-perdamaian. Jadi bagi kami, menggantikan satu pemerintahan rasis dengan pemerintahan yang lain tidak banyak bezanya. Walaupun kami senang melihat Netanyahu pergi, kami tidak akan menyambut Bennett,” katanya.

202106040827-main.cropped_1622770036
VOI/Ahmed Abu Hameeda

Bennett datang dari parti New Right atau Yamina. Pendirian parti politik terbabit mengenai Jerusalem selalu berpihak kepada Israel. Di mana ia menyatakan bahawa tanah yang sering direbut oleh Yahudi dan Arab itu akan selalu menjadi milik Israel. Parti itu juga selalu mengecam pembebasan tahanan Palestin yang dituduh melakukan aktiviti keganasan.

Tambahan daripada itu, parti yang diketuai oleh Bennett ini berikrar akan meneruskan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat. Parti ini juga lantang menolak rancangan Presiden AS Donald Trump untuk membahagikan wilayah bergolak tersebut kepada Israel dan Palestin.

merlin_187370571_bbd808a9-2893-46ab-8299-65dc7184ec3f-superJumbo
New York Times/Ammar Awad

“Sama seperti Netanyahu, Bennett mewakili segala sesuatu yang anti perdamaian. Inilah sebabnya mengapa saya ragu apakah dia akan berusaha mencapai tujuan itu. Dan jika dia didorong ke tembok, dia akan menarik diri dari pemerintah dan menyeru pemilihan,” kata Diliani.

Perkara yang sama turut dilemparkan oleh Hamas, kumpulan Islam yang menguasai jalur Gaza. Bagi mereka, siapa pun yang memerintah Israel, ia tidak akan memberi apa-apa perbezaan buat Palestin.

Palestinian flag Israeli soldier Hebron West Bank AFP
Middle East Eye

Kata jurucakap Hamas, Hazem Qassem, rakyat Palestin telah melihat puluhan pertukaran kerajaan Israel sepanjang sejarah. Dari kanan, kiri dan tengah, semuanya mengambil sikap kejam apabila ia bersangkut dengan hak-hak rakyat Palestin.

Untuk rekod, Bennett telah menyokong dengan lantang tindakan Israel yang menawan Tebing Barat. Tetapi dalam kenyataannya mengenai masalah ini dalam beberapa hari terakhir, dia nampaknya mengusulkan untuk melanjutkan status quo, dengan sedikit pelonggaran syarat untuk warga negara Palestin.

Pekerja Yahudi di Google desak CEO sokong Palestin, kutuk kekejaman Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pekerja Yahudi Di Google Desak CEO Sokong Palestin, Kutuk Kekejaman Israel

Disahkan Keturunan Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Dedah Pernah Dilayan Kejam Oleh Yahudi Israel

Mahu Sebar Kebencian, Anak PM Israel ‘Kantoi’ Kongsi Video Kemenangan Bola Sepak Palestin