Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengatakan jika dia dipilih semula untuk memimpin Israel, beliau tidak akan membenarkan pembentukan negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya.

Media tempatan melaporkan bahawa Netanyahu percaya bahawa kedamaian akan dicapai di rantau ini melalui perjanjian normalisasi dengan negara-negara Arab.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam laporan yang lain, Netanyahu membuat kenyataannya kepada rangkaian berita Arab di Israel dalam usaha untuk mendapatkan sokongan pengundi untuk Parti Likud di kalangan orang Arab Israel.

“Saya tidak berpendapat bahawa kita mempunyai hubungan dengan Palestin, tetapi kita mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa Palestin mengenai vaksinasi (COVID-19),” katanya.

“Kita harus bekerjasama dengan ini secara bertanggungjawab kerana kita tinggal di daerah yang sama,” kata Netanyahu.

Negara-negara Arab yang lain akan berdamai dengan Israel berdasarkan Inisiatif Damai Arab yang menetapkan penubuhan negara Palestin menurut sempadan 1967 dengan Yerusalem Timur sebagai ibu kota Palestin, isu berkaitan pelarian Palestin, dan normalisasi hubungan dengan Israel.

Netanyahu mengatakan bahawa dia menerima kedaulatan Palestin jika kawalan keselamatan tetap berada di tangan Israel. “Jika tidak, kami perlu menghadapi Hamas (yang memerintah negara ini),” jelasnya.

Dia juga mengatakan Al-Qaeda dan Iran akan berada bersama Palestin jika Israel tidak mengawal keamanan. “Ini berlaku di tempat lain di mana Israel tidak mempunyai keamanan yang kuat,” katanya.

Menurut Netanyahu, niatnya bukan untuk “meminggirkan” isu Palestin. “Rakyat Palestin meminggirkan diri kerana banyak isu politik dalaman yang tidak ingin saya bicarakan, tetapi ia berkaitan dengan perebutan kuasa,” katanya.

Sebagai penutup, Netanyahu mengatakan dia adalah pencetus kepada hubungan baik Israel dengan negara-negara Arab yang lain, “Akan berlaku perubahan bersejarah dalam hubungan antara Yahudi dan Arab pada umumnya. Ini sangat jelas,” katanya.

Pendudukan Israel di wilayah Palestin telah menimbulkan banyak derita bagi rakyat Palestin. Diusir secara paksa dari tanah tempat lahir mereka, keganasan dan kekejaman yang dialami oleh ribuan orang di sana.

Tetapi keadilan belum diberikan untuk rakyat Palestin atas berbagai derita hidup akibat pendudukan Israel yang berlaku secara haram.

Pernah tular tahun 2016, aktivis warga Israel cerita kembali pengalaman mengembara di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pernah Tular Tahun 2016, Aktivis Warga Israel Cerita Kembali Pengalaman Mengembara Di Malaysia

Ilmuwan Dakwa Jumpa Rumah Jesus, Terletak Di Israel Dan Wujud Sejak Abad Pertama

Masjid Tertua Di Dunia Ditemui Di Israel, Dipercayai Dibina Oleh Sahabat Nabi