Netflix mengesahkan kepada Los Angeles Times bahawa pihak mereka sedang menguji ciri instant replay yang boleh memudahkan anda untuk menyaksikan sekali lagi babak-babak epik dengan hanya menekan butang.

Kepada mereka yang sentiasa tergesa-gesa untuk melanjutkan video sehingga terlepas babak yang terbaik kerana panggilan telefon atau hanya mahu melihat lagi babak tersebut, Neflix kini akan memudahkan anda dengan hanya menekan butang ulangan segera selepas momen klimaks.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Netflix-iPhone
Sumber: Technobezz

Platform ini sudah mempunyai skip-back biasa yang kebanyakannya menawarkan perkhidmatan penstriman video namun kebiasaannya ianya tidak dapat membawa kemana sahaja yang anda mahu.

Alternatif baru Netflix, dimana sedang menjalankan ujian akan membenarkan anda kembali ke permulaan babak emosi atau teruja hanya dengan menekan video yang dikeluarkan secara pop-up. Setakat ini fungsi ini terbaru masih lagi diperingkat awal dan bakal dilepaskan kepada para pengguna sebaik sahaja siap kesemuanya.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.