Sambutan hari raya tahun ini mungkin berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini.  Namun percayalah kata kami, ada perkara yang selamanya tidak akan berubah. Seperti soalan-soalan yang kita terima setiap tahun, tanpa gagal, dari kumpulan makcik bawang.

Soalan-soalan panas atau cepumas akan tetap ada, sama ada berlaku secara peribadi atau ketika berinteraksi menggunakan FaceTime atau Zoom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebenarnya, tidak ada jawapan yang tepat apabila seseorang bertanya mengapa anda masih bujang, atau jika anda kehilangan/menambah berat badan. Namun disebabkan soalan itu menjadi soalan wajib setiap hari raya, jadi kami telah siapkan jawapan untuk anda.

Mengambil inspirasi dari beberapa rancangan Netflix kegemaran kami, berikut adalah jawapan yang baik dan ‘sopan’ yang mungkin anda mahu gunakan ketika menjawab soalan mak cik bawang;

1. Apabila mak cik mula beri komen mengenai berat badan anda.

10

2. Apabila makcik bertanya mengenai masa depan anda.

2

3. Situasi di mana anda buntu untuk simpan atau buang barang-barang yang lama

11

4. Pak cik yang tidak pernah fail bertanya soalan sama – kerja mana sekarang?

12

5. Bila mak cik mula buat perbandingan di antara anda dan sepupu.

1

6. Anda introvert dan dipaksa untuk berinteraksi hampir 3 jam di laman zoom.

5

7. Anda mempunyai 60 orang sepupu yang meminta duit raya.

9

8. Bila pak cik mula bertanya soalan pasal hidup anda.

4

9. Dan mak cik pula sibuk bertanya tentang kerjaya anda.

8

10. Bila mak cik sibuk nak tahu anda sudah ada teman hidup atau belum.

13

11. Apabila mak cik atau pak cik bertanya bila anda mahu berkahwin.

3

12. Bila dah berkahwin, mak cik tanya pula bila nak ada anak.

6

13. Bila anda ada banyak masa terluang dan mereka kurang senang bila anda tidak bekerja lagi.

15

14. Situasi di mana anda terlalu cantik atau hensem di pagi raya.

14

15. Kamu memilih untuk diet di hari raya.

7

Anda juga boleh mencetak kad digital ini dan gunakannya seperti ‘Cards Against Humanity’. Anda boleh bermain dengan keluarga atau tampal di dalam bilik anda.

Untuk cetak atau simpan di dalam telefon bimbit anda, muat turun di sini.

Berikut adalah laporan lain untuk anda, klik pautan di bawah untuk membaca.

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Netflix Rendahkan Kualiti Video Di Malaysia Sepanjang April

Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan