Netflix merupakan servis penstriman terkenal di Malaysia berikutan pelbagai drama, filem dan sebagainya yang boleh ditonton melalui Netflix.

Malah, kandungan video dalam Netflix yang tidak ditapis menjadikan ia menjadi pilihan ramai orang. Akan tetapi, hal tersebut dilihat membimbangkan menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
https—specials-images.forbesimg.com-dam-imageserve-458953485-960×0.jpg?fit=scale
Sumber: Forbes

Isu ini telah disuarakan oleh FINAS kepada Lembaga Penapisan Filem dan ketua pegawai eksekutif FINAS, Ahmad Idham telah menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix.

Beliau telah menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital. Tambahnya lagi, akta tersebut perlu dikuatkuasakan kerana platform digital memiliki pasaran yang luas dan tidak ditapis seperti di kaca TV.

Berdasarkan isu yang dibincangkan Ahmad Idham, para netizen tampil dengan meluahkan pelbagai reaksi mengenai isu ini dimana kebanyakannya tidak berpuas hati dengan cadangan yang dibuat. Ditambah pula dengan Netflix yang sudah menyertakan fungsi parental control, cadangan ini dilihat remeh dan tidak perlu dibuat. Berikut merupakan reaksi netizen mengenai isu ini.

Apakah pandangan anda mengenai isu yang disuarakan oleh FINAS? Adakah wajar untuk kandungan video dalam Netflix ditapis?

Tahukah anda bahawa kini anda boleh menikmati Netflix dengan membayar RM17 sebulan?

Pengguna Di Malaysia Berpeluang Menikmati Netflix Dengan Pakej Serendah RM17 Sebulan

Akaun Netflix Anda Kini Berisiko Untuk Digodam Dan Dijual Dengan Harga RM10

Drama Bersiri Netflix The Spy Gunakan Duit Syiling Lama Malaysia Curi Perhatian Netizen

Sumber