Ia bukan perkara main-main tetapi benar-benar akan terjadi. Netflix kini sedang mencari peserta untuk satu program realiti TV berdasarkan siri paling popular mereka, Squid Game.

Ia dilaporkan mencari bilangan peserta yang sama dalam siri tersebut; 456 orang dari seluruh dunia. Netflix dalam kenyataan rasmi mereka semalam berkata Squid Game: The Challenge bakal menjadi siri dengan bilangan peserta paling ramai dan pemenang hadiah wang ‘lump sum’ paling besar dalam sejarah program TV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Para peserta akan bermain permainan berdasarkan siri Squid Game termasuk beberapa permainan baharu yang akan diperkenalkan. Kesemua permainan ini nanti akan menguji strategi, semangat berpasukan serta karakter mereka untuk terus ke pusingan seterusnya,” terang Netflix.

Perbezaan paling ketara antara siri realiti TV dan siri Squid Game sebenar cuma nyawa peserta akan selamat dan ‘tidak dibunuh’ jika kalah dalam permainan yang dimainkan.

Penyertaan kini sudah dibuka dan hanya 4 syarat ini ditetapkan oleh Netflix;

– Berumur 21 tahun ke atas.
– Boleh menyertai penggambaran selama 4 minggu pada awal tahun 2023 dan pergi ke lokasi penggambaran sendiri.
– Mempunyai pasport yang hidup sepanjang penggambaran.
– Tidak mempunyai apa-pun hubungan keluarga dengan mana-mana pekerja dalam syarikat media Netflix. Selain 4 syarat ini, anda anda juga perlu fasih berbahasa Inggeris.

Netflix juga telah mengumumkan musim kedua Squid Game bakal kembali di Netflix tidak lama lagi. Jadi, adakah anda rasa anda layak untuk jadi pemenang Squid Game? Boleh hantar penyertaan anda di sini.

Permintaan kasut putih Vans meningkat 7,800% selepas siri Squid Game jadi fenomena di seluruh dunia. Baca lagi pada pautan di bawah.

Permintaan Kasut Vans Slip-On Putih Meningkat 7,800% Kerana Squid Game

Baru Sahaja Sebulan Ditayangkan, Netflix Berjaya Raih RM3.7 Bilion Daripada Siri Squid Game

Penonton Mula Dakwa Squid Game Tiru Filem Jepun Tahun 2014

Sumber