Netflix merupakan sebuah platform strim yang popular namun masih mengalami kerugian yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Salah satu punca kepada penurunan keuntungan pada saban tahun adalah pengguna sering berkongsi akaun bersama kenalan rapat.

Dalam mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan, Netflix bakal memperkenalkan caj tambahan untuk pengguna tambahan sekitar awal tahun 2023. Untuk makluman, caj tambahan ini dikenakan apabila anda ingin menambah ahli ke dalam profil sedia ada.

Baca Juga:

Sumber Gambar: TechHive

Antara negara terawal yang sudah melaksanakan langkah ini termasuklah Chile, Costa Rica dan Peru di mana pengguna boleh menambah ahli baharu serama dua orang sahaja. Dengan ini, ahli tambahan ini akan mempunyai kata nama, kata laluan, dan senarai kandungan tersendiri dengan menjadi sebagai sub-akaun.

Walaupun Netflix masih belum memberikan harga terperinci, harga yang dikenakan pada beberapa negara yang sedang diuji berjumlah sekitar $3 (~RM14.21). Dalam masa yang sama, Netflix juga mahu menjana pendapatan tambahan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan syarikat itu.