Laman penstriman terkenal Netflix baru-baru ini mengumumkan bakal menerbitkan siri original terbaru mereka berdasarkan filem seram terkenal dari Jepun iaitu Ju-On.

Drama siri ini akan mengambil jalan cerita berdasarkan kisah benar klasik dari J-horror yang berlaku hampir empat dekad dengan kisah lebih seram. Menurut laman web Bloody disgusting, mereka telah mengumumkan siri ini pada bulan lepas semasa acara Netflix Japan, dengan menamakan Sho Miyake sebagai pengarah drama siri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengarah dari Jepun, Sho Miyake akan mengemudi projek bersiri ini. Ju-On bakal ditayangkan di Netflix pada awal tahun 2020.