Nampaknya ini berita baik buat anda penggemar filem Transformers dibawah arahan Michael Bay kerana Netflix telah mengumumkan akan hadir dengan siri Transformers: War for Cyberton. Setelah filem spin-off Bumblebee yang telah ditayangkan sebelum ini, pastinya anda ketahui akan keadaan sebelum Transformers berhijrah ke bumi.

Menariknya, siri ini akan dilengkapi dengan rupa animasi dan gaya baru dan reboot daripada filem sebelum ini dimana memperlihatkan robot beralih bentuk seperti yang anda tidak pernah lihat sebelum ini. Siri tersebut akan berlatarbelakangkan keadaan ketika perang tercetus antara Autobots dan Decepticons.

Siri tersebut dijangka mula  tersedia pada tahun 2020. Walaubagaimanapun, malumat lanjut mengenai siri terbaru ini masih belum diketahui.