Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini oleh Netflix, mereka sedia memperkenalkan langganan bersama iklan yang ditawarkan pada harga lebih murah. Mereka menyasarkan lebih ramai orang berminat untuk melanggan pelan tersebut sekaligus meningkatkan pertumbuhan syarikat.

Artikel Berkaitan:

Netflix kini mengumumkan pelan langganan dengan sokongan iklan akan mula ditawarkan di 12 negara bermula 3 November depan. Negara yang berpeluang menikmati pelan bajet ini termasuklah Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Mexico, Sepanyol, dan UK.

Sumber Gambar: Netflix

Harga langganan yang ditawarkan serendah 18.89 Reis (~RM17) di Brazil dan meningkat ke $6.99 (~RM32) di Amerika Syarikat. Menerusi pelan ini, pengguna bakal disajikan dengan iklan sepanjang 15 saat ke 30 saat di permulaan dan di pertengahan konten yang ditonton.

Secara purata iklan sepanjang 5 minit akan dipaparkan untuk setiap 1 jam kandungan yang ditonton. Kualiti video dihadkan ke 720P sahaja dengan ciri muat turun tidak diberikan.

Malah terdapat ura-ura sebelum ini yang mengatakan tidak semua kandungan Netflix boleh diakses pelanggan pelan ini. Di samping itu, pihak Netflix juga mengambil beberapa langkah berjaga dalam memastikan iklan bersasar ini bersesuaian dengan minat seseorang pelanggan.