Ketika ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan semula di 6 buah negeri di Malaysia. Bagi menghilangkan rasa bosan di rumah, pastinya Netflix menjadi pilihan ramai untuk menonton pelbagai drama, filem dan program menarik.

Sentiasa menawarkan kandungan menarik kepada pengguna, Netflix mengumumkan bahawa mereka bakal menawarkan sekurang-kurangnya satu filem baharu setiap minggu sepanjang 2021 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, kini Netflix mempunyai 70 filem dalam jadual tayangan. Justeru menjadikan Netflix sebagai salah satu destinasi menarik untuk dituju untuk menikmati pelbagai filem baharu.

Menerusi preview yang dikongsi, antara filem yang menarik perhatian seperti The Kissing Booth 3, To All The Boys: Always And Forever, Yes Day, The Women in the Window dan banyak lagi. Siapa sudah tidak sabar menantikan filem-filem hebat daripada Netflix?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa drama dan filem menarik untuk anda tonton di Netflix pada pautan di bawah ini.

‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Utama Drama The Uncanny Counter Jadi Pilihan Penonton

‘Trending’ Selepas Tiga Hari Ditayangkan, Ini Sebabnya Anda Wajib Tonton Siri Sweet Home

7 Drama Korea Paling Popular Di Netflix Sepanjang Tahun 2020

Sumber