Filem ‘Rise: Ini Kalilah’ yang diilhamkan daripada peristiwa pertukaran tampuk pimpinan negara pada 9 Mei lalu kini boleh ditonton di Netflix.

Filem hasil terbitan Fred Chong, seorang anak Malaysia dari Sabah ini mengisahkan tentang 6 watak yang berbeza latar belakang menempuhi suka dan duka dalam membentuk ‘Malaysia Baharu’ Mei tahun lalu.

BeFunky-collage-3
HYPE
NH Detoxlim Tawar Diskaun Sehingga 50% Di Lazada Buat Netizen Teruja
Baca lagi →

Netflix Rise

rise ini kalilah

Filem yang hanya mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan ini menampilkan pelakon terkemuka tanah air seperti Remy Ishak, Mira Filzah, Sharifah Sakinah, Yana Samsudin, Datuk Jalaluddin Hassan, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan dan Mark O’Dea.

Filem yang berdurasi 100 minit ini turut ditayangkan di Singapura September lalu. Buat yang terlepas untuk menonton filem ini di pawagam, boleh mula tonton di Netflix.

Anda Mungkin Suka