Sejak akhir-akhir ini, aplikasi penstriman seperti Netflix dan iflix semakin menjadi pilihan penonton. Peningkatan penonton yang mula meningkat di Amerika Syarikat sehinggalah ke Malaysia serta dibantu dengan penawaran siri-siri menarik antara yang membuatkan Netflix semakin berkembang.

Terbaru, Netflix dikatakan berminat untuk mendapatkan rangkaian pawagam untuk memaparkan filem dan siri keluaran eksklusif Netflix. Berdasarkan laporan, Netflix berminat untuk memulakan cabang bisnes terbaru mereka di Los Angeles namun bukan dalam masa yang terdekat berikutan penanggungan kos yang tinggi meskipun sudahpun mengumpul ratusan juta pelanggan.

Netflix-iPhone

Melalui idea terbaru ini, Netflix bakal berpeluang menarik perhatian lebih ramai pelakon ternama. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Netflix berminat untuk ‘mengganggu’ industri pawagam dalam menawarkan filem dan siri yang dikeluarkan sendiri.