Laporan yang dipetik dari Forbes mengesahkan bahawa nilai Netflix kini melebihi nilai syarikat besar seperti Disney dan Comcast. Platform yang bukan sahaja menawarkan Siri drama dan filem untuk golongan dewasa malah terdapat juga saluran kahs untuk kanak-kanak kini disebut sebagai platform hiburan paling berharga di dunia.

Setakat Jumaat lepas, nilai pasaran Netflix dicatatkan bernilai USD 152.7 billion berbanding Disney yang bernilai USD 152.3 billion dan Comcast bernilai USD 142.6 billion.

Netflix kini menawarkan perkhidmatan di lebih 190 buah negara ditambah pula dengan ciri yang bertepatan dengan pasaran seperti tersedianya sarikata dalam bahasa tempatan dan tawaran drama dan filem yang trending di sesebuah kawasan.

Adakah anda salah seorang pelanggan yang menikmati perkhidmatan yang ditawarkan oleh Netflix?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group