Tahun lepas menunjukan peningkatan yang memberangsangkan untuk purata tontonan drama Korea di Netflix. Berdasarkan laporan yang ditulis oleh Netflix sendiri, terdapat sebanyak 150 peratus peningkatan yang berjaya direkodkan.

Melihat kepada kejayaan yang berjaya diraih oleh drama Korea serta kualiti yang ditonjolkan, tidak hairanlah jika Netflix memutuskan untuk meningkatkan kadar pelaburan sebanyak dua kali ganda untuk produksi drama Korea dan filem Korea bagi tahun 2021.

Seiring dengan peningkatan kadar pasaran bagi konten negara tersebut di Korea Selatan dan di persada antarabangsa, pakar pelaburan menjangkakan masa depan yang positif untuk bahagian produksi K-drama dan K-filem untuk tahun ini.

netflix-korean-dramas-december-2020-kdramadiary-a

Pakar kewangan pula menjangkakan Netflix melabur hampir $768.8 billion (~RM3.1 trilion) untuk menghasilkan lebih banyak lagi Netflix original series dan lesen penstriman.

Anggaran pelaburan tersebut difahamkan adalah dua kali ganda lebih banyak dari kadar pelaburan Netflix untuk konten dari Korea Selatan bagi tahun 2020. Dengan angka pelaburan yang tinggi ini, lebih banyaklah drama blockbuster seperti drama Sweet Home yang bakal ditayangkan!

Selain itu, terdapat beberapa drama Korea seperti spin off untuk drama Kingdom: Ashin of the North, The Silent Sea dan All of Us Are Dead yang dijangka bakal memulakan penggambaran dan ditayangkan pada tahun ini hasil dari pelaburan dari Netflix.

Tahun lepas merupakan tahun yang indah untuk peminat K-drama kerana telah dihujani dengan drama-drama yang menarik. Melihat kepada kadar pelaburan Netflix untuk drama dam filem Korea, mungkin perkara yang sama bakal terjadi untuk tahun 2021. Jadi apa lagi? Sediakan popcorn anda kerana drama dan filem hebat bakal menanti!

Drama Korea ini dikatakan mempunyai konsep yang mirip dengan filem ikonik Star Wars. Baca perkongsian kami tentang drama ini melalui pautan di bawah!

Tonton Trailer Space Sweepers, Filem Korea Dengan Konsep Angkasa Lepas Mirip Star Wars

Anda Mungkin Suka