Walaupun menjadi salah satu perintis dalam perkhidmatan penstriman, Netflix nampaknya tidak lari daripada dilanda masalah besar apabila kehilangan hampir 1 juta pelanggan atau tepatnya 970 ribu. Angka ini adalah kerugian suku tahunan yang paling banyak dan terbesar dalam sejarah Netflix, lapor Finance Yahoo.

Pada suku pertama 2022, Netflix kehilangan 200,000 pelanggan. Jenama ini juga pernah meramalkan bahawa mereka akan kehilangan dua juta pelanggan. Nasib baik ramalan ini tidak jadi kenyataan, namun angka 970,000 pelanggan turut memberi kesan buruk buat Netflix

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kehilangan pelanggan ini nampaknya disebabkan oleh persaingan yang tinggi daripada perkhidmatan penstriman lain, keadaan ekonomi global, dan hakikat bahawa mereka sudah mempunyai bilangan pelanggan yang besar,” kata Ferran G Vilero, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat analisis penstriman NPAW.

Walaupun situasi ini terjadi, Netflix masih kekal menjadi perkhidmatan penstriman dengan bilangan pelanggan tertinggi. Netflix mempunyai lebih daripada 220 juta pelanggan di seluruh dunia, mendahului HBO Max dengan 74 juta pelanggan dan Disney Plus dengan 87.6 juta pelanggan.

Trend penurunan ini disebabkan oleh redanya pandemik COVID-19 di beberapa negara. Dengan orang ramai sudah mula bekerja dan tidak ada masa untuk melanggan penstriman video.

#CancelNetflix trending di Twitter, cubaan Netflix ‘promote’ seksualiti kanak-kanak buat netizen geram. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

#CancelNetflix Trending Di Twitter, Cubaan Netflix ‘Promote’ Seksualiti Kanak-Kanak Buat Netizen Geram

Bagaimana Saya Melanggan Netflix Di Malaysia Buat Kali Pertama

Netflix Masuk Pasaran Asia Selepas Kontrak Bersama Epix Tidak Diperbaharui