Netflix adalah rangkaian televisyen internet yang terkemuka di dunia dengan lebih 65 juta ahli di lebih 50 negara. Netflix menyediakan lebih daripada 100 juta jam rancangan TV dan filem setiap hari, termasuk siri asal, dokumentari dan filem. Ahli langganan Netflix boleh menonton sebanyak mana yang mereka mahu, bila-bila masa, dan di mana sahaja, pada mana-mana peranti berskrin yang bersambungan dengan Internet. Mereka boleh menonton, kemudian berhenti seketika dan menyambung semula menonton kesemuanya tanpa iklan atau komitmen lain.

digitaltrends.com
digitaltrends.com

Pada awal September yang lalu, kontrak Netflix dengan Epix yang mula ditandatangani pada 2010 tidak akan diperbaharui menyebabkan drama dan filem profil tinggi seperti The Wolf of Wall Street, The Hunger Games: Catching Fire, dan World War Z tidak akan dapat ditonton di Netflix lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ini menyebabkan Epix memberikan hak penyiaran kepada Hulu, sebuah lagi laman web video streaming yang menyediakan perkhidmatan yang sama seperti Netflix. Rentetan tindakan itu, ia akan menamatkan dominasi Netflix di dalam pasaran video streaming di Amerika Syarikat. Tambahan pula, pengendali laman web sebegini sedang mula mengutamakan program sendiri melalui beberapa tawaran.

Menurut Ketua Pegawai Konten (Chief Content Officer) Ted Sarandos, Netflix mahu fokus kepada program-programnya sendiri. Ini membuatkan konten Netflix menjadi lebih eksklusif dan boleh disiarkan serentak di seluruh dunia. Beberapa jadual produksi baru telah diatur untuk bulan-bulan akan datang. Selain itu, Netflix akan membawakan seleksi pilihan yang besar daripada Disney, Pixar dan Marvel pada 2016. Maka, keputusan tidak memperbaharui kontrak Epix tidak akan begitu menjejaskan Netflix.

Kurang dua minggu selepas pengumuman kontrak Epix tidak diperbaharui, Netflix mengumumkan akan mengembangkan pasaran perkhidmatan video streaming di Korea Selatan, Singapura, Hong Kong dan Taiwan pada awal 2016 ini sebagai satu langkah perkembangan global di Asia selepas melebarkan sayapnya di Jepun pada awal bulan ini.

Apabila ia dilancarkan kelak, pengguna internet boleh melanggan Netflix dan menonton konten-konten pilihan yang popular di televisyen yang boleh dihubungkan dengan internet dan komputer.

Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Reed Hastings menyatakan:

“Kombinasi peningkatan kelajuan internet dan banyak pilihan peranti yang bersambung dengan internet membuatkan pengguna boleh bila-bila masa dan di mana sahaja berupaya untuk menikmati rancangan TV dan filem kegemaran mereka melalui perkhidmatan Netflix.”…”Keempat-empat pasaran ini juga mewakili trend sebegitu.”

Walaubagaimanapun, Netflix belum lagi menyatakan harga, program dan jenis alat peranti untuk pasaran di Asia.

Netflix di Malaysia?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram