Platform penstriman video terbesar dunia, Netflix bakal membuka tahun baharu 2020 dengan harga yang lebih baharu.

Harga baharu ini hanya akan dikuatkuasakan pada 9 Januari, dengan angka tertinggi kenaikan adalah RM4 yang dilihat dalam pelan peringkat tertinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara harga yang ditawarkan oleh Netflix adalah pakej asas dengan harga baharu adalah RM35, manakala Standard pula akan dinaikkan RM2 menjadikan harga baharu RM45 dan terakhir sekali adalah RM55 bagi pakej Premium yang dahulunya ditawarkan pada harga RM51.

Walau bagaimanapun, bagi pengguna telefon bimbit, Netflix akan mengekalkan harga yang sama iaitu RM17.

Ketua komunikasi syarikat untuk Asia Tenggara, Leigh Wong, berkata harga baru juga adalah kesan daripada cukai digital 6% kepada penyedia perkhidmatan asing.

Kesan daripada perang harga ini juga bakal memberi kesan kepada negara-negara lain termasuk jiran kita, Singapura yang bakal menghadapi nasib yang sama.

Berikut adalah artikel lain yang pernah kami tulis mengenai Netflix. Klik pautan di bawah untuk membaca.

10 Rancangan Popular Netflix Yang Ditonton Pengguna Malaysia Sepanjang 2019

Netflix Papar Situasi Sebenar Isu Lambakan Plastik Di Malaysia Dalam Siri Dokumentari Terbaru

Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi