Isu negara menjadi tempat lambakan untuk sisa plastik dunia telah dilaporkan secara meluas dalam berita tempatan awal tahun ini.

Terbaharu, platform penstriman video antarabangsa Netflix telah memaparkan Malaysia dalam siri dokumentari penyiasatan, Broken, yang ditayangkan pada 27 Nov lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam episod keempat yang berjudul Recycling Sham, dokumentari tersebut mendedahkan bagaimana perspektif manusia telah membawa kebanyakan sisa plastik di tapak pelupusan di sekitar Asia Tenggara.

Sehingga tahun 2017, China telah membeli sisa plastik dunia, mengitar semula dan menjualnya kembali. Tetapi selepas kerajaan China mengumumkan polisi pengharaman plastik, Malaysia telah mengambil alih tugas itu.

Dokumentari ini bergerak ke Ipoh, Perak dan menunjukkan bagaimana proses kitaran semula berlaku.

Tetapi menjadi masalah apabila plastik yang masuk ke Malaysia terlalu banyak sehingga tidak dapat menampung proses untuk kitaran semula.

Di mana akhirnya plastik-plastik ini akan dibuang dan tumbuh pula beberapa pusat kitar semula yang tidak diiktiraf cuba untuk mencari untung dari sisa plastik yang melimpah.

Selain itu, dokumentari ini juga memaparkan bagaimana sisa pepejal telah mencemarkan udara dan menyebabkan masalah pernafasan di kalangan penduduk bandar.

Dokumentari itu juga melaporkan langkah kerajaan untuk melarang kemasukkan sisa plastik tidak boleh dikitar semula dalam tempoh tiga tahun akan datang dan merancang untuk menghapuskan semua single-use plastik pada 2030.

Broken adalah dokumentari penyiasat dengan empat episod bertujuan untuk meneroka aspek gelap industri yang menguntungkan.

Sebelum ini kami pernah menulis bagaimana Malaysia telah dijadikan hub pembuangan sisa plastik dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Malaysia Kini Lubuk Pembuangan Ratusan Ribu Tan Sisa Plastik Dari Amerika Syarikat

Malaysia Hantar Semula 3,300 Tan Sisa Plastik Import Ke Negara Asal

100 Kilang Kitar Semula Semula Sisa Plastik Yang Beroperasi Secara Haram Bakal Ditutup