Umum tahu kini merupakan musim wabak coronavirus yang sekaligus telah mendesak orang ramai untuk berada di dalam rumah bagi mengelakkan daripada dijangkiti wabak ini.

Pesanan ini sekaligus telah membuatkan sesetengah orang mati akal selepas terbiasa dengan rutin kerja harian sekaligus memilih untuk menonton Netflix sebagai altenatif untuk mengisi masa lapang. Walau bagaimanapun, menonton secara berseorangan mungkin tidak terlalu menghiburkan sewaktu bersama rakan-rakan.

unnamed-13
Sumber: WGNO

Dalam usaha untuk mewujudkan suasana tontonan bersama rakan-rakan pada musim ini, Netflix telah memperkenalkan aplikasi Party dimana para penonton Netflix berpeluang menonton Netflix bersama rakan ditempat atau kediaman masing-masing.

Melalui Netflix Party, anda berpeluang menonton rancangan yang sama serentak serta mempunyai ruangan permesejan membolehkan anda mengulas bersama rakan anda mengenai rancangan yang ditonton. Menarik bukan?

3644455-untitled-3
Sumber: Game Spot

Netflix Party setakat ini cuma ditawarkan di extension Google Chrome serta dikhususkan buat pengguna pelayar Chrome sahaja. Buat anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh klik di sini untuk memuat turun.

Dikhabarkan rancangan ‘Dirty Money’ bakal menampilkan Najib Razak dan Rosmah Mansor di Netflix. Turut dikongsikan, Netflix bakal mengumumkan siri live action One Piece.

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?

Netflix Secara Rasmi Umum Hasilkan Siri ‘Live-Action’ One Piece

Netflix Naikkan Harga Perkhidmatan Bermula 9 Januari

Sumber