Jika anda merasakan kualiti video di Netflix tidak ‘secantik’ sebelum ini, ia disebabkan penggunaan internet yang meningkat secara mendadak dan Netflix terpaksa mengurangkan kualiti video di platform berkenaan buat penduduk di Malaysia.

Ia berikutan peningkatan jumlah pengguna Netflix ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan beban capaian internet ke laman penstriman video berkenaan. Perkara ini telah dibuat di beberapa negara Eropah minggu lalu yang berhadapan perintah lockdown.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti di Eropah, jumlah penggunaan internet di Malaysia telah meningkat sebanyak 50%. Bagi mengelakkan beban ke atas infrastruktur sedia ada, Thierry Breton telah menyeru pengguna supaya hanya menstrim kandungan pada resolusi SD buat masa ini.

Menurut Netflix, pelanggan masih boleh menstrim kandungan beresolusi 4K tetapi pada kadar bit yang lebih rendah. Anda masih boleh menonton kandungan Netflix pada tetapan lebih tinggi tetapi anda perlu memuat turun terlebih dahulu siri tersebut dalam peranti anda.

The Platform menjadi filem No.1 paling ditonton rakyat Malaysia sejak ia dilancarkan pertengahan bulan yang lalu. Baca ulasan The Platform pada pautan di bawah.

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan

Netflix Party Bolehkan Anda Dan Rakan Tonton Rancangan Yang Sama Secara Berasingan

Sumber