Sebut mengenai Squidward pasti ramai yang cukup tahu dengan watak ini. Berjaya menjadi watak yang ikonik dalam siri kartun SpongBob SquarePants membuatkan watak ini diingati ramai.

Terbaharu, Netflix dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama bersama Nickelodeon untuk menghasilkan siri kartun spin-off SpongeBob SquarePants menampilkan Squidward sebagai watak utama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

mgid_ao_image_mtv

Lebih mengejutkan, kerjasama kedua-dua ini syarikat ini dikatakan bernilai sekitar $200 juta (RM832.50 juta) sekaligus menunjukkan betapa serius Netflix dalam menandingi servis penstriman Disney+.

Berdasarkan laporan awal, siri spin-off ini bakal berkonsepkan musikal yang sudah sangat sinonim dengan Squidward yang gemar bermain klarinet. Setakat ini masih belum diketahui projek ini bakal dijadikan sebuah siri mahupun filem. Sama-sama kita nantikan siri Squidward yang pastinya mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda di laman penstriman Netflix.

Pada tahun lalu, pengasas SpongeBob SquarePants dilaporkan telah meninggal dunia. Turut dikongsikan kasut hasil kolaborasi bersama kartun popular ini.

Pengasas ‘SpongeBob SquarePants’ Stephen Hillenburg Meninggal Dunia

Nike Perkenalkan Koleksi ‘Spongebob Squarepants’ Sempena Ulang Tahun Ke-20

Vans Lancarkan Pula Koleksi Khas Bersama SpongeBob Squarepants