Nampaknya One Piece menjadi karya manga terbaru yang bakal ditayangkan di Netflix. Lebih menarik, ini merupakan siri live-action khas Netflix untuk manga tersebut.

Semalam, Netflix secara rasmi mengumumkan berita berkenaan dan pemilihan pelakon dikhabarkan bakal dijalankan tidak lama lagi. Ini merupakan karya live-action manga terbaru Netflix selepas Cowboy bebop yang kini sedang berada dalam fasa penggambaran.

Pengasas One Piece, Eiichiro Oda dilaporkan bakal menjadi producer untuk siri ini. Peminat dilihat teruja dengan perkembangan ini namun, mereka tidak mahu Netflix memilih pelakon ‘orang putih’ kerana tidak mahu kekecewaan live-action Death Note berulang kembali di Netflix .

Tetapi para peminat setia One Piece tidak perlu risau. Dengan Oda sendiri bertindak sebagai producer, pasti beliau diberi kuasa untuk memilih siapa yang layak untuk melakonkan setiap watak dalam One Piece. Adakah anda sudah bersedia untuk 10 episod pertama One Piece di netflix?

Dua filem hebat MORBIUS dan Birds Of Prey akan ditayangkan tahun ini. Mana satu yang paling anda tidak sabar untuk nantikan?

Gagal Sebagai Joker, Tonton Pandang Pertama Jared Leto Dalam MORBIUS

Lihat Aksi Lebih ‘Gila’ Harley Quinn Dalam Trailer Terbaharu Birds Of Prey

5 Filem ‘Hits’ Tentang Wabak Yang Anda Patut Tonton

Sumber