Pada ketika ini, sedang berlangsungnya Pembentangan Bajet 2019 di mana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkongsi tentang perancangan kerajaan serta cukai baharu yang akan diperkenalkan.

Menjadi perhatian apabila servis secara atas talian turut akan dikenakan cukai bermula 1 Januari 2020.

Tiga laman atas talian popular seperti Netflix, Spotify dan Steam antara platform yang akan dikenakan cukai baharu ini. Laman-laman atas talian lain pastinya turut akan menjadi ‘sasaran’ cukai baharu ini kelak.

Disebabkan generasi muda banyak yang menggunakan servis ini, pihak kerajaan merasakan perlu untuk mengenakan cukai pada perkhidmatan aplikasi atas talian. Anda sokong?