Ianya satu berita yang mengecewakan buat peminat setia siri Netflix, Daredevil di mana ianya ditamatkan selepas 3 musim bersiaran di saluran berkenaan.

Walaupun mendapat rating dan sambutan yang baik daripada penonton Netflix, Daredevil tidak berjaya menarik minat Netflix dan menerima nasib yang sama seperti siri Iron Fist dan Luke Cage yang terlebih dahulu ditamatkan oleh Netflix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun langkah ini diambil Netflix mungkin berikutan Disney yang akan melancarkan siaran berbayar yang sama seperti Netflix, Disney+. Kemungkinan besar siri Daredevil ini nanti akan disambung di saluran Disney+ plus pula oleh Marvel.

Apa pun yang berlaku, peminat mahu pelakon Charlie Cox terus memegang watak Daredevil di masa akan datang sekiranya Disney mempunyai perancangan lanjut untuk Daredevil. Bertabahlah peminat Daredevil.