Berjaya mencipta fenomena, Netflix dalam satu kenyataan media telah melaporkan bahawa drama bersiri popular Sepanyol, La Casa De Papel atau lebih mesra dengan judul Money Heist benar-benar akan diadaptasi ke versi Korea tidak lama lagi.

Bagi peminat Money Heist mahupun K-drama, pastinya tidak sabar untuk menonton drama ini versi Korea kerana syarikat produksi tempatan, BH Entertainment dengan kerjasama Content ZIUM secara rasmi telah memilih beberapa barisan pelakon utama yang popular di Korea antaranya Yoo Ji Tae sebagai The Professor dan Kim Yunjin sebagai Seon Woojin iaitu seorang Inspektor dalam pasukan Task Force Team.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
LCDP Korea Casting (1)
Barisan pelakon Money Heist Korea. Sumber: Netflix Malaysia
LCDP Korea Casting (2)
Sumber: Netflix Malaysia
LCDP Korea Casting (3)
The Task Force. Sumber: Netflix Malaysia

Berdasarkan laporan, drama yang bakal menemui penonton di layar Netflix ini mempunyai 12 episod seiring dengan jalan cerita yang hampir serupa dengan versi yang asal cuma uniknya kali ini pengambarannya akan dilakukan sepenuhnya di Korea.

Siri ini diarahkan oleh Kim Hong-sun, pengarah terkenal yang popular dengan karya drama seperti Son: The Guest, Voice dan Black. Di belakang tabir, Ryu Yong-jae, Kim Hwan-chae dan Choe Sung-jun merupakan para penulis skrip yang diberikan tugas untuk mengadaptasikan lakon layar serta skrip drama ini ke versi Korea.

Bagi anda yang belum menonton drama ini, Money Heist menceritakan sekumpulan perompak bank yang dilatih serta diketuai oleh the Professor dan Task Force Team merupakan pasukan yang akan menumpaskan kegiatan rompakan the Professor bersama konco-konconya itu. Jika Money Heist versi Sepanyol sudah trending di Netflix, bagaimana pula versi Korea? Sama-sama kita tunggu tayangannya nanti.

Baca lagi artikel yang berkaitan dengan drama siri Money Heist pada pautan di bawah.

Berjaya Cipta Fenomena, Netflix Bakal Keluarkan Siri Money Heist Versi Korea Buat Para Peminat

Money Heist Part 4 Akan Ditayangkan Pada 3 April 2020

Shah Rukh Khan Tolak Kemungkinan Hasilkan Siri ‘Money Heist’ Versi Bollywood