Sekiranya anda masih ingat pada minggu lalu telah tularnya sebuah video perkahwinan yang disunting dengan gaya yang sangat aneh dan unik. Video perkahwinan bertajuk ‘Wedding Video Hadi Dan Farah’ ini sekaligus berjaya menerima lebih satu juta tontonan dalam jangka masa satu minggu.

Disebalik jumlah tontonan yang ramai, nampaknya bukan sahaja para pengantin yang terkejut dengan suntingan video yang dibuat malah, para netizen juga meluahkan rasa simpati terhadap para pengantin yang menerima servis video yang kurang memuaskan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=UV-4psz8kJI

Buat anda yang belum melihat, video ini dikatakan unik kerana turut menyertakan visual 3D melibatkan roket di awan dan motor diatas masjid dimana ianya dikatakan unik oleh videographer yang terlibat menjalankan video perkahwinan.

Dalam usaha untuk menawarkan sesuatu yang lebih baik buat para pengantin agar dapat dijadikan memori hingga ke hari tua, sebuah cabaran telah dibuat dimana para editor atau videographer lain diseru untuk membuat suntingan semula video tersebut agar tampil lebih baik berbanding versi asal.

Antara yang menyahut cabaran ini adalah YouTuber bernama Prince Noob. Video yang dibuat ini bukan sahaja lebih baik daripada versi asal, malah turut menerima komen positif daripada para netizen.

Tidak kurang juga yang berterima kasih kepadanya kerana berjaya sedikit sebanyak menghilangkan ‘trauma’ para pengantin. Walaubagaimanapun, kecacatan pada video tersebut masih ada memandangkan video asalnya gagal menawarkan komposisi yang terbaik. Anda boleh tonton video tersebut dibawah.

Setakat ini, video versi ‘remastered edition’ ini telahpun menerima jumlah tontonan sebanyak 100 ribu dalam jangka masa satu minggu.

Meskipun ramai yang beranggapan semua video asal yang dimuat naik hanyalah sebagai gimik pemasaran, Rezal Videographer selaku juruvideo perkahwinan tersebut turut meluahkan rasa terima kasih buat orang ramai yang mengkritik mahupun mengecam beliau.

Kes yang berlaku ini sekaligus telah memberi pengajaran buat para perkahwinan diluar sana agar lebih berhati-hati atau menyelidik terlebih dahulu sebelum memilih juruvideo perkahwinan. Pastinya anda berpuas hati dengan hasil portfolionya sebelum anda memilih untuk mendapatkan servis.