Kebanyakkan netizen hari ini memuji keberanian yang ditunjukkan oleh Nor Salwani selepas beliau dengan secara rahsia melakukan misi ‘gila’ demi untuk membongkar kebenaran di sebalik salah laku 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mahkamah Tinggi semalam mendengar satu rakaman audio yang dirakam secara rahsia mengenai mesyuarat koordinasi yang membincangkan laporan audit 1MDB yang ingin dipinda.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Perkembangan terbaharu ini membabitkan perbicaraan kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Arul Kanda Kandasamy.

Pengarah Audit di Jabatan Audit Negara (JAN) Nor Salwani Muhammad, 52, memberi keterangan kepada mahkamah bahawa dia telah meletakkan satu alat rakaman di dalam kotak pensel milik bekas pengarah prestasi audit Saadatul Nafisah Bashir Ahmad tanpa pengetahuannya.

Sebagai seorang penyelaras yang menyediakan laporan audit 1MDB, Nor Salwani dilarang untuk menyertai mesyuarat tersebut dan disebabkan itu beliau mengambil risiko dengan meletakkan alat rakaman tersebut di dalam bekas pensil milik pengarah prestasi.

Isi rakaman mesyuarat tersebut jelas mengejutkan Nor Salwani. Antara perkara yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut adalah untuk menggugurkan laporan audit 1MDB.

Terdapat juga arahan supaya beberapa laporan tidak dimasukkan ke dalam laporan audit malah meminta supaya Nor Salwani melupuskan laporan audit terbabit.

Ketika ditanya oleh Sri Ram adakah perkara ini normal berlaku dalam mesyuarat penting, Nor Salwani merujuk keadaan itu sebagai ‘ia sangat tidak normal’.

Apa yang dilakukan oleh Nor Salwani sebenarnya telah melanggar Akta Rahsia Kerajaan 1972, di mana jika didapati bersalah. Beliau boleh dikenakan penjara selama 7 tahun kerana membocorkan rahsia kerajaan.

Tetapi sikap dan keberanian Nor Salwani mendapat pujian netizen apabila kebanyakkan daripada mereka mengangkat beliau sebagai hero.

Berikut adalah cerita lain mengenai 1MDB yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Rumah Agam Milik Jho Low Di Los Angeles Dijual Dengan Harga RM161 Juta

‘Equanimity’ Kapal Mewah Milik Jho Low Ditahan Di Indonesia

Amerika Syarikat Bakal Rampas Aset Yang Dikaitkan Dengan 1MDB Bernilai Lebih USD1 Billion

 

 

Anda Mungkin Suka