Telah menjadi satu kebanggaan apabila melihat kejayaan anak Malaysia yang berjaya menempa nama di luar negara. Lebih-lebih lagi mereka berjaya menjadikan pentas akademik sebagai tempat menceritakan asal usul negara tercinta.

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia bukan sahaja memberikan inspirasi kepada orang ramai malahan membanggakan Malaysia kerana berpeluang untuk memberikan ucapan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison.

BeFunky-collage (80)
HYPE
Nikmati Ais Krim Terbaru Paddle Pop Minions Caramel And Chocolate
Baca lagi →

Menerusi saluran Youtube UW-Madison Campus Connection, pelajar Malaysia yang bernama Lisa Nur Marini Mohd Kamal itu diberi penghormatan oleh pihak universiti untuk memberi ucapan di hadapan lebih 6,000 orang mewakili graduan-graduan yang lain di Universiti Wisconsin Madison.

Menerusi video tersebut, Lisa memberitahu bahawa beliau menempuh perjalanan sejauh beribu kilometer semata-mata untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut.

Memulakan ucapannya dengan lagu Broadway muzikal popular iaitu Hamilton, ia menjadi penguat semangat untuk beliau bagi mengatasi hari-hari yang sukar.

“Saya datang ke sini melalui biasiswa dan ia merupakan perjalanan yang sangat jauh dari Kuala Lumpur.” katanya.

Gadis ini dilahirkan di Amerika Syarikat semasa ibu bapanya masih melanjutkan pelajaran di sana namun dibesarkan sepenuhnya di Malaysia dan beliau juga ingin mengikuti langkah ibu bapanya yang melanjutkan pelajaran di universiti di Amerika Syarikat.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah, beliau berjaya menerima biasiswa dari Petronas dan memilih geologi sebagai bidang utama di universiti tersebut. Beliau telah terlibat dalam kajian lapangan serta bekerja untuk Wisconsin Geological and Natural History Survey.

Sumber: Malay Mail

Tidak hanya itu, beliau juga pernah dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.

Berikutan itu, saluran YouTube universiti yang menyiarkan ucapan Lisa menerima komen-komen positif daripada pelajar seluruh dunia termasuk dari Malaysia.

Rata-rata mereka melahirkan rasa bangga dengan pencapaian menakjubkan pelajar cemerlang berusia 22 tahun itu.

Diharapkan dengan kejayan pelajar ini mampu menjadi pembakar semangat untuk pelajar-pelajar lain terus berusaha dan mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

Dikepilkan lagi beberapa artikel yang boleh dijadikan inspirasi untuk orang ramai terutamanya golongan pelajar. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pelajar Cemerlang UNISZA Ini Miliki Syarikat ‘Runner’ Bernilai RM1 Juta

Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia

Graduan UUM Raih Anugerah Pelajaran Diraja Berjaya Menarik Perhatian Neelofa

Anda Mungkin Suka