Setiap pemandu sudah mengetahui perbuatan memandu laju melebihi had laju pada kawasan yang tidak sepatutnya boleh mengundang risiko berlakunya kemalangan jalan raya yang agak tinggi.

Baru-baru ini ada sebuah Nissan Almera terlibat dalam kemalangan setelah pemandu kereta tersebut dilihat memandu dalam keadaan melulu serta berbahaya melebihi had laju di jalan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada awal rakaman video dashcam terbabit, rata-rata pengguna jalan raya sedang bergerak pada kelajuan sekitar 80km/j-90km/j dan secara tiba-tiba datang sebuah Nissan Almera dari arah belakang dengan kelajuan dijangka melebihi 100km/j menyelit ‘zig-zag’ di antara kenderaan lain di hadapan kereta tersebut.

Entah macam mana, tiba-tiba kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri jalan sebelum berpusing merempuh pembahagi jalan di sebelah kanan jalan.

Rata-rata orang ramai bengang dan mengecam cara pemanduan berbahaya oleh pemandu Nissan Almera tersebut. Tindakkannya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, bahkan boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia
Sumber Gambar: Dashcam Owners Malaysia

Nasib baik ketika kemalangan tersebut berlaku, tidak ada kenderaan lain yang dirempuh teruk oleh Nissan Almera terbabit. Jika tidak sudah pasti mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang lebih buruk ketika waktu itu.

Harap pengguna jalan raya lain dapat mengambil iktibar supaya sentiasa berhati-hati dan tidak memandu secara melulu, lebih-lebih lagi ketika musim hujan yang mengakibatkan jalan basah dan tayar kurang mencengkam.

Baru-baru ini tular video sebuah Toyota Alphard didakwa milik ahli politik memotong di garisan berkembarBaca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Kecam Pemandu MPV Mewah Memotong Di Garisan Berkembar

Didakwa Mahu Lalu Secara Percuma, Pemandu Honda Ini Nekad Rempuh Palang Tol

Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen

Sumber