Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketika ini, belum semua orang mampu untuk memiliki kediaman sendiri dan kebanyakan lebih memilih untuk menyewa bilik kerana kadar sewaannya yang murah.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Vestene Wong telah berkongsi situasinya ditampar hingga lebam oleh rakan serumahnya. Menerusi perkongsiannya, rumah tersebut diduduki 4 orang termasuk dirinya dan kejadian itu berlaku pada hari Ahad lalu.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Menurutnya, dia menyediakan makanan pada jam 5 pagi untuk pergi hiking bersama rakannya dan itulah pertama kali dirinya menggunakan dapur di rumah sewanya.

Ketika sedang menyediakan makanan, seorang rakan serumahnya telah bertindak menegurnya lalu menampar dirinya secara tiba-tiba. Tindakan tersebut dikatakan kerana Vestene yang memasak pada awal pagi telah membuatkan wanita itu terjaga dari tidur.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut memarahinya dengan bahasa kesat dan menyuruhnya untuk masak di dalam bilik. Tambahnya, dia sudah mengesahkan dengan tuan rumah bahawa tiada masa larangan untuk menggunakan kawasan umum dalam rumah seperti dapur dan ruang tamu.

Lantaran itu, Vestene telah membuat laporan polis dan wanita tersebut turut ke balai polis. Malah, wanita itu membawa ubat tidak dilabel dan mengatakan dia memiliki ‘mild anxiety’.

Oleh itu, pihak polis telah menuntut wanita itu untuk meminta maaf kepada Vestene tetapi permohonan maaf tersebut dirasakan tidak ikhlas. Tambah Vestene, dia masih tinggal di rumah yang sama kerana ini adalah bulan terakhir mereka menyewa di rumah tersebut dan masih berasa ketakutan serta berharap wanita itu tidak akan menyakitinya.

Rakaman CCTV Vestene ketika ditampar telah dikongsikan ramai orang dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen mengecam tindakan rakan serumahnya yang menampar dirinya dan berpendapat bahawa ‘sakit’ bukanlah alasan membenarkan seseorang bertindak kasar terhadap orang lain.

Bukan itu sahaja, para netizen turut meminta Vestene menyaman rakan serumahnya itu kerana telah menyederakannya dan meminta agar tuan rumah menghalau wanita tersebut.

Tahukah anda bahawa ada penyewa yang sanggup kuung dan tukar kunci pintu rumah pemilik sebab gagal bayar sewa? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Gagal Bayar Sewa 3 Bulan, Penyewa Sanggup Kurung Dan Tukar Kunci Pintu Rumah Pemilik

Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’

Baru 2 Minggu Menyewa, Lelaki Ini Dihalau Pemilik Rumah Kerana Mahu Penyewa Kaum Cina