Tular sebuah video di media sosial berdurasi beberapa saat memaparkan sepasang suami isteri sedang ‘melayan kepala’ di dalam sebuah kereta. Video yang kini tular di media sosial Twitter telah mendapat pelbagai reaksi netizen.

Di dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @nanmanjoi8715, video berdurasi 18 saat itu dipercayai berlaku di Melaka menunjukkan sepasang suami isteri di dalam kereta Saga sedang menghidu gam.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1578266386442252289?s=46&t=e5vqUYGgrTJobcZqgk8k1A

“Tindakan sepasang suami isteri menghidu gam ketika memandu undang perhatian ramai apabila perbuatan mereka didakwa membahayakan keselamatan pemandu lain dan juga anak mereka. Kejadian itu yang dilaporkan berlaku di Melaka,” kata pemilik akaun Twitter tersebut.

Di dalam video tersebut, kedengaran juga pemilik akaun tersebut mengkritik pemandu kerana telah menghidu gam sambil memandu. Selepas itu kelihatan video bahagian 2 yang menunjukkan penumpang perempuan sedang melakukan hal yang sama.

“Betul-betul takde akal,” kata pemilik akaun TikTok tersebut. Tindakan tersebut baginya membahayakan pemandu jalan raya lain. Ia juga mendapat kritikan pengguna media sosial.