Selain anak derhaka, golongan anti-vaksin juga merupakan golongan yang sangat keras kepala. Golongan ini mempunyai pendirian yang teguh seutuh Gunung Everest. Golongan ini mempercayai bahawa menvaksinkan anak atau bayi merupakan satu perkara yang merbahaya.

Selalu yang sering kita dengar ialah golongan ini hanya tidak mahu vaksin bayi mereka sahaja tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mahu anak mereka dirawat walaupun sudah terkena penyakit demam kuning atau jaundice? Ini sememangnya lagi masalah besar.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Baru-baru ini, tular di media sosial di mana seorang pengguna Twitter memuat naik sebuah perkongsian netizen di Facebook Masyarakat Kena Tahun, tentang masalah yang dialami oleh adiknya semasa berada di sebuah hospital di Kota Bharu.

Menurut perkongsian tersebut, adik netizen itu telah melahirkan anak secara pembedahan ceaserean dan meminta untuk dikeluarkan baru-baru ini. Namun, doktor dan jururawat di hospital terbabit tidak membenarkan ibu dan bayi yang baru dilahirkan itu discharge kerana bayi tersebut terkena jangkitan Jaundice atau lebih dikenali dengan demam kuning.

Apa yang memburukkan keadaan ialah si ibu tersebut tidak membenarkan doktor atau jururawat di situ memberikan anaknya antibiotik. Malah, tidak membenarkan jururawat mengambil darah dan letak di bawah lampu biru.

Sumber: Masyarakat Kena Tahu

Untuk makluman semua, discaj ‘At Own Risk‘ atau lebih dikenali ‘AOR’ ini tidak boleh diguna pakai jika anak mengidap demam kuning. Bayi juga mempunyai hak mereka dan ibu bapa tidak boleh buat sesuka hati kerana sudah termaktub dalam Akta Kanak-Kanak.

Penyakit jaundice ini mungkin ramai yang ingat normal tapi sebenarnya kalau tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti toksik dalam otak bayi.

Rata-rata netizen berasa bengang dan marah dengan tindakan golongan anti-vaksin ini. Tindakan golongan ini sememangnya menyusahkan ramai orang.

Terbaru, golongan anti-vaksin diundi sebagai manusia paling dibenci pada tahun 2019 lalu. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Golongan Anti-Vaksin Diundi Sebagai Manusia Paling Dibenci Pada 2019

Ibu Bapa Akan Didenda RM20,000 Jika Gagal Dapatkan Suntikan Vaksin Untuk Anak-Anak

Anda Mungkin Suka