Jika tahun lalu kita dikejutkan dengan kejadian kucing yang dimasukkan ke dalam mesin basuh di mana pelakunya telahpun ditangkap dan dipenjarakan, tahun ini  kita sekali lagi dikhabarkan dengan kes penganiayaan terhadap si comel ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook, AF Fiahmn berkongsi kisah di mana makanan kucing yang disediakan untuk kucing gelandangan di kawasan perumahannya telah dicampur dengan ubat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebelum ini makanan disepak masuk dalam longkang… kali ini dia jumpa ni pulak…

Kejamnya lahai….

Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar si pelaku tersebut mencampurkan ubat bersama makanan yang telah disediakan oleh keluarga penduduk di situ.

Namun sebahagian besar netizen yang meninggalkan komen mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

Kiriman tersebut sudahpun dikongsikan sebanyak lebih 450 kali dan mendapat lebih 600 komen sejak kiriman tersebut dikongsikan sejak dua hari lalu.

cat1

Menurut AF Fiahmn, mereka juga tidak membuat laporan polis kerana masih tidak mengetahui siapakah pelakunya dan kawasan tersebut juga tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

Seeloknya, jika tidak mahu membantu janganlah pula kita menganiayai haiwan terutamanya mereka yang tidak bertuan dan tinggal di jalanan ini.

Kucing adalah merupakan antara haiwan yang setia kepada tuannya. Jadi tidak peliklah bagaimana kucing ini ‘patah hati’ selepas tuannya meninggal dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Kisah Kucing Yang Patah Hati Setelah Tuannya Meninggal Dunia

Pulau Kucing Di Pahang Ini Jadi Tarikan Terbaru Buat Peminat Kucing Di Malaysia

Tular Gambar Anjing Dan Kucing Dipercayai Disembur Pewarna Undang Kemarahan Netizen

Sumber