Menjadi seorang pelajar universiti adalah satu cabaran bagi seseorang yang baru sahaja menamatkan zaman persekolahan. Pelajar kebanyakannya di minta untuk berdikari dan membuat keputusan yang betul kerana suatu hari nanti ia akan memberi kesan yang besar apabila kita meningkat dewasa.

Salah satu cabaran lain sepanjang menyarung topi pelajar universiti adalah kewangan. Ada sesetengah pelajar yang beruntung kerana berjaya memperoleh biasiswa, manakala yang lain pula hanya mampu berharap daripada ibu bapa mereka.

Namun lain pula dengan seorang pelajar universiti di Subang Jaya yang tertanya-tanya bagaimana kawan-kawannya mampu bertahan dengan elaun RM700, sedangkan dia yang mendapat elaun RM2,000 dari ibu bapanya merasakan bahawa itu tidak mencukupi.

Pelajar tersebut yang memuat naik pertanyaannya di halaman Facebook Taylors Confession bertanya kepada netizen bagaimanakah cara untuk menjimatkan duit.  Walaubagaimanapun pertanyaan dia mendapat reaksi negatif dari netizen dan kebanyakannya berang dengan sikapnya yang tidak bersyukur.

“Mungkin [anda] tidak akan mempunyai masa depan yang cerah dengan pemikiran seperti ini. Tunggu sehingga anda memperoleh RM2,000, maka anda akan berharap dapat makan makanan yang lebih murah daripada beras ekonomi.” tulis Dennis Tui di halaman komen.

Atiqah Nordin pula bertanya kepada individu terbabit apa yang dilakukan olehnya dengan RM3,000 sehingga dia merasakan itu adalah jumlah yang tidak mencukupi bagi seorang pelajar Universiti, “Hari-hari clubbing ke?”

“RM3,000 adalah pendapatan isi rumah untuk orang dewasa yang bekerja dengan 2 orang anak. Dan sebagai orang yang bujang, anda tidak dapat berjimat dengan RM3,000?

“Saya mencadangkan agar anda mengikuti kursus bertahan hidup, mungkin di sana nanti anda akan belajar bagaimana untuk bertahan tanpa satu sen pun di dalam poket anda. Anda kemudian akan belajar menghargai perkara kecil dalam hidup” kata Darshini Sitharam.

Walaupun kebanyakan netizen mengambil pendekatan dengan mengkritik pelajar universiti tersebut, tetapi ada juga beberapa netizen yang menjawab pertanyaannya tentang bagaimana untuk kekal bertahan dengan hanya ‘sedikit’ elaun yang diberikan.

NurNadhirah Razi berkata di bahagian komen bahawa dia hanya diberikan elaun sebanyak RM300 dan apa yang dilakukan olehnya adalah tidak menghabiskan duit tersebut untuk benda-benda yang tidak perlu.

Hyde Othman pula berkata, “Saya biasa mendapat RM2,200 elaun setiap bulan. Jangan habiskan untuk gaya hidup, belanjakan untuk keperluan. Baki anda boleh berjimat atau melabur. Minum kopi di mamak bukannya starbucks. Tidak perlu setiap minggu ke clubbing atau shopping.”

“Pertama, anda perlu bijak. Kedua, hargai lebih banyak, barulah anda tahu anda tidak memerlukan lebih,” kata Ally Bathorry.

Selepas dikecam teruk oleh netizen, individu terbabit memuat naik satu lagi status yang meminta netizen berhenti mengecam beliau.

Bagaimanapun, kehidupan sebagai pelajar dan tinggal di salah sebuah bandar besar di Malaysia nyata memberi kesan kepada kewangan pelajar. Tetapi seseorang perlu bijak untuk mengutamakan di antara keperluan dan kehendak.

Terdahulu, seorang ilmuwan menceritakan kekaguman beliau ketika mengajar sekumpulan pelajar Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Kagum Dengan Adab Pelajar Malaysia’-Ilmuwan Cerita Perbezaan Mengajar Orang Arab Dan Malaysia

Pelajar UiTM Lagi Rela Tangguh Istiadat Konvokesyen Daripada Ambil Skrol Guna ‘Green Screen’

Guna Bahasa Kasar Minta Sekolah Ditunda, Tindakan Pelajar Mesej Perdana Menteri Undang Kecaman Netizen