Joe Biden telah berjaya menewaskan Donald Trump pada Pilihan Raya Amerika Syarikat. Kemenangan ini telah meletakkan dia sebagai Presiden AS yang ke 46.

Sejak itu, kumpulan penyokong Trump telah menggunakan platform media sosial untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pilihan raya terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala mereka yang menyokong Biden pula meraikan kemenangan itu sebagai sebuah lembaran baharu selepas AS berada di zaman gelap semasa berada di bawah pemerintahan Trump.

Apa yang lebih menyeronokkan mengenai keputusan pilihan raya ini adalah terdapat sebahagian daripada penyokong Trump yang masih tidak tahu membezakan bendera negara sendiri dengan bendera Malaysia.

https://twitter.com/wernerstarCEO/status/1324503173541859328?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1324503173541859328%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2Falleged-american-patriot-trump-supporter-confuses-malaysian-flag-for-usa-flag%2F

Dalam satu ciapan yang dimuat naik oleh Doktor Eugene Gu, dia menulis bahawa keputusan pilihan raya kali ini telah memukul dan menewaskan Trump dengan teruk sekali.

Ciapan itu kemudiannya di balas oleh salah seorang penyokong Trump dengan menyatakan bahawa sebagai seorang penganut demokrasi dan penyokong Republikan, dia akan menolak kemenangan Biden sebelum mengakhiri ciapannya dengan empat emoji bendera Malaysia.

Tidak lama kemudian, netizen mula menyerang lelaki terbabit kerana tidak tahu membezakan bendera negara sendiri dengan bendera negara Malaysia.

Screenshot 2020-11-10 at 1.42.20 PM

Screenshot 2020-11-10 at 1.42.29 PM

Screenshot 2020-11-10 at 1.42.43 PM

Screenshot 2020-11-10 at 1.43.11 PM

Tidak pasti apakah lelaki itu serius atau hanya mahu mencari perhatian, namun kelakuannya berjaya menarik ramai netizen, terutamanya di Malaysia.

Untuk rekod, Joe Biden dilantik sebagai Presiden AS ke-46 selepas memperolehi 284 undi elektoral manakala pencabarnya, Donald Trump hanya meraih 214 undi elektoral.

Kejayaan pada usia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ juga membolehkan Biden menafikan hasrat Trump untuk menjadi presiden untuk penggal kedua.

Tahukah anda Joe Biden telah menggunakan strategi pemasaran yang luar biasa dan kejayaan itu dapat dilihat selepas dia berjaya menewaskan Donald Trump. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Strategi Pemasaran, Bagaimana Joe Biden Gunakan ‘Facebook Ads’ Untuk Tewaskan Donald Trump?