Makanan mungkin adalah salah satu daripada perkara yang betul-betul dapat menyatukan kita rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Lihat saja bila ada cef terkenal yang mahukan rendang ayam yang lebih ‘crispy’ dan wartawan yang mengkritik nasi lemak yang dinikmatinya dalam penerbangan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berduyun-duyun netizen keluar dan mempertahankan keunikan makanan-makanan yang terdapat di negara kita.

Dalam perkembangan terbaru, netizen-netizen Malaysia sekali lagi bersatu hati mempertahankan mangsa terbaru dari negara kita- roti canai yang kini digelar sebagai asian flat croissant.

asian flat

Croissant adalah hidangan pastri yang berasal dari Perancis dan sejujurnya kami sendiri tidak mengetahui kenapa laman tersebut menyamakan roti canai kesukaan rakyat Malaysia dengan roti tersebut.

croissant
Croissant

Dan ini pula adalah roti canai yang sering menjadi pilihan masyarakat kita tanpa mengira waktu pagi, tengahari dan malam.

roit canaii

Tindakan pihak laman masakan tersebut mennyamakan roti canai itu kemudiannya tidak diambil dengan mudah oleh netizen-netizen kita yang membawa rasa tidak puas hati mereka ke Twitter seperti mana-mana kes yang melibatkan makanan Malaysia sebelum ini.

https://twitter.com/SyamimiAzrudin/status/1231725927085809664?s=20

Malah, isu roti canai mendapat nama gelaran sebagai croissant ini turut mendapat perhatian portal New Straits Time.

Bagaimanapun, isu roti canai ini dipanggil sebagai croissant tidaklah sepanas seperti cef terkenal dari United Kingdom yang mahukan rendang ayam dimasak crispy sebelum ini. Malah ada juga netizen yang dilihat mengambil perkara tersebut sebagai gurauan semata-mata.

Tetapi, roti canai dan croissant bukan saja tidak berkongsi rupa yang sama, seorang netizen juga menafikan roti canai sebagai croissant dengan memberi hujahnya yang tersendiri.

“Dalam resepi ia tidak menggunakan mentega, jadi ia bukan croissant,” tulisnya di Twitter.

Bagaimanapun, laman tersebut menjelaskan nama tersebut digunakan sebagai langkah pemasaran pihak mereka dan untuk memudahkan pembaca mereka yang jarang mendengar perkataan seperti roti canai dan parata.

Apa pula pandangan anda bila makanan favourite rakyat Malaysia ini diperlakukan sebegini?

Baca kisah wartawan ini yang teruk dikecam selepas mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh sebuah syarikat penerbangan sebelum ini dan kemudiannya diserang oleh netizen-netizen dari Malaysia.

Didakwa ‘Menghina’ Nasi Lemak, Twitter Wartawan Ini Diserang Rakyat Malaysia

Chef Zaleha Olpin Lancar Buku ‘My Rendang Isn’t Crispy’ Julai Ini

Gara-Gara Keliru Antara Rendang Daging Dengan Kari, Netizen Malaysia Serang Twitter CNN