Pasti ada daripada anda yang jika sebut hantu sahaja sudah berasa takut dan ada pengalaman seram yang pernah dilalui. Apakah hantu yang menjadi igauan anda sampai ke hari ini? Adakah pontianak atau langsuir atau pocong atau apa?

Anda pernah lihat video tular di media sosial ataupun video yang memaparkan hantu atau entiti seperti langsuir dan sebagainya? Kebanyakan daripada anda pasti percaya video hantu daripada Indonesia adalah ‘real’ dan tidakkah anda berasa pelik dengan ketulenan video tersebut?

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila ada seorang pengguna di Twitter berkongsi beberapa video hantu di Indonesia yang nampak ‘real’ dan menjadi topik hangat di media sosial.

Berikutan itu, ramai yang mengatakan bahawa kesemua video tersebut walaupun nampak real tetapi sebenarnya fake belaka. Rata-rata netizen bersetuju mengatakan bahawa video tersebut bukanlah benar.

Malah, ada yang mendakwa video-video terbabit menggunakan prop, rakam guna kamera kualiti rendah dan penampakan hantu jauh kerana tidak mahu kantoi. Netizen juga mengatakan bahawa terdapat bayang-bayang dalam video dan ada yang dakwa setiap video yang dikongsi adalah sama sahaja.

https://twitter.com/_BabaYagaaaa/status/1180719537345323009

Akan tetapi, ada juga dalam kalangan netizen yang beranggapan bahawa video tersebut adalah tulen dan berasa takut apabila melihat video tersebut.

https://twitter.com/ainawyd/status/1180820677974056962

Apa pandangan anda apabila melihat video-video hantu yang tular? Adakah anda percaya atau sebaliknya?

Di bawah kami kongsikan artikel berkaitan 5 lagenda hantu yang terkenal di Malaysia. Klik pautan di bawah untuk baca lanjut. 

5 Legenda Hantu Yang Terkenal Dan Menyeramkan Di Malaysia

Rasai Pengalaman Unik, ‘Check-In’ Ke Hotel Berhantu Pertama Di Asia Tenggara

Kisah Hotel Peninggalan British ‘Berhantu’ Di Taiping Yang Ramai Tidak Tahu