Beberapa hari ini tular video seorang budak lelaki, Quaden Bayles berusia 9 tahun yang menangis dan mahu membunuh diri kerana sering diejek di sekolah.

Quaden mempunyai masalah tumbesaran dan video berkenaan dirakam oleh ibunya, Yarraka Bayles yang mahu orang ramai tahu pilu seorang ibu apabila anaknya sering menjadi bahan jenaka di sekolah. Tanpa disangka, video berkenaan mendapat perhatian ramai termasuk selebriti dari seluruh dunia.

IMG_20200320_123528_287
HYPE
7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu
Baca lagi →

“Kami tidak langsung berharap perkara ini akan mendapat perhatian media dan sokongan dari seluruh dunia. Ia sesuatu yang kami sendiri tidak dapat bayangkan,” kata Yarraka.

Hugh Jackman antara pelakon ternama yang memberi respon terhadap video tersebut yang tular dan berkata beliau adalah salah seorang rakan Quaden ketika ini.

Namun, ada juga pihak yang mempertikaikan ‘keikhlasan’ video berkenaan dan mendakwa Quaden sebenarnya bukan berusia 9 tahun, tetapi 18 tahun. Mereka turut mendakwa ibu Quaden yang merancang perkara tersebut dan mahu menagih simpati orang ramai, secara tidak langsung mendapat dana khas buat Quaden.

Tetapi isu umur tersebut telah dibuktikan tidak tepat kerana Quaden pernah muncul dalam satu siri bertajuk Living Black pada tahun 2015. Dalam video berkenaan, Quaden ketika itu berusia 4 tahun. Jadi, pada tahun 2020, usia beliau adalah 9 tahun; menepis terus dakwaan bahawa beliau berusia 18 tahun.

Jadi, dari mana datangnya teori mengatakan Quaden berusia 18 tahun? Ada gambar yang dikongsikan di ruangan Twitter yang menyaksikan Quaden berdiri di hadapan logo dengan nombor 18 dibelakangnya dan mereka membuat andaian bahawa Quaden sedang menyambut ulang tahun ke-18 menerusi gambar tersebut.

Begitu juga dengan beberapa gambar beliau yang bergaya ‘tidak seperti kanak-kanak berusia 9 tahun’. Namun, Quaden sebenarnya seorang model kanak-kanak sambilan dan kemungkinan besar gambar-gambar berkenaan adalah gambar profil beliau untuk casting.

Muncul pula persoalan baharu; adakah video yang dirakam ibunya benar-benar untuk awareness buli atau sekadar mahu publisiti mudah buat anaknya?

Apa pun niatnya, buli bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Moga ia jadi pengajaran kepada kita semua supaya tidak membuli orang kelainan upaya dan melayan mereka dengan baik.

Tahun lalu, calon SPM 2019 secara tidak sedar sebenarnya telah membuat buli siber terhadap wanita ini. Baca tentangnya lagi pada pautan di bawah.

Wanita Ini ‘Tanpa Sedar’ Telah Menjadi Mangsa Buli Siber Calon SPM 2019

Rebecca Black Kongsi Keperitan Jadi Mangsa Buli Siber Kerana ‘Friday’

Mangsa Buli Bangun Pukul Semula Pembuli Buat Netizen Rasa Puas Hati

Anda Mungkin Suka