Pelakon dan model, Zeera Azizi menjadi bualan ramai apabila memuat naik video di akaun TikTok miliknya mengenai tiket konsert kumpulan Noah dari Indonesia dengan menghantar mesej peribadi di Instagram kepada Ariel, penyanyi utama Noah.

Menerusi video itu, Zeera Azizi atau nama sebenarnya Nurazeera Azizi mengatakan Ariel memberi tiga tiket jemputan ke konsertnya, malah dapat bertemu dengan Noah dibelakang pentas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@zeeraazizi7

Alhamdulillah rezeki🤲🏻 hope to see NOAH again next year! 🤘🏻 i keep here as a beautiful memory💖 #noah

♬ Bintang di Surga – Noah

Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai dan banyak spekulasi yang negatif daripada warganet.

Meninjau di bahagian komen TikTok, rata-rata mengatakan Zeera dapat tiket itu kerana menggunakan ‘kabel’ dan membuat perkara tidak baik untuk mendapatkan tiket.

Namun begitu, wanita yang berusia 26 tahun itu menerangkan perkara tersebut di Instagram miliknya dan berkata, dia cuma mencuba nasib dan kemungkinan itu memang rezekinya mendapat tiket daripada penyanyi itu sendiri.

Zeera turut meminta orang ramai supaya tidak memutar belit fakta atau berkata perkara yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan dia sedih kerana komen negatif netizen.

“Tapi makin banyak pula yang memanipulasikan keadaan, keluar kan berita yang tidak betul. Jadi ini adalah kebenaran. Tolong jangan buat cerita yang bukan bukan,” ujarnya di Instagram.

Sementara itu, dia juga menjelaskan itu bukan pertama kali mereka berinteraksi kerana sebelumnya dia pernah mendapat perhatian Ariel selepas dia membuat cover lagu Menghapus Jejakmu dari kumpulan Noah.

Zeera sebelum ini pernah memasuki pertandingan dewi remaja dan berjaya menempatkan diri dalam senarai 12 finalis pencarian Dewi Remaja 2018/2019.