Tular sejak kelmarin apabila seorang pembeli baja berkenaan memaklumkan baja yang disangka mempunyai berat 5kg sekadar dimuatkan dengan berat 4kg sahaja. Lagaknya yang mengakui dirinya ‘pakar’ akhirnya telah ‘disekolahkan’ oleh seorang penjual baja yang berpendidikan PhD. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Penulisan penjual baja iaitu Dr Mohd Nazmi yang dikongsikan di VOCKET ternyata telah mendapat pelbagai respon di kalangan netizen di mana kebanyakannya berpuas hati dengan respon yang diberikan kepada pihak pembeli.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, sebuah lagi pertanyaan popular yang ditanyakan adalah pemilihan untuk menjual baja mengikut liter berbanding mengikut berat. Mungkin tampak remeh bagi sesetengah pihak, namun pemilihan unit berbeza pastinya memberi perbezaan kepada saiz dan berat bungkusan baja yang dipesan khususnya buat melalui pembelian pukal.

153371057_114357927339340_2472290213926578114_o

Berikut dikongsikan jawapan lanjut oleh Dr Mohd Nazmi yang merupakan seorang penjual baja di Shopee yang juga doktor falsafah dalam bidang Biomass Energy.

Ada soalan bertanyakan mengapa beras dijual dalam kg tetapi tanah dijual dalam liter? Bukankah kedua-duanya sama sahaja. Soalan yang sangat baik. Terima kasih kepada siapa yang memikirkan soalan ni.

Beras dan bijirin mahupun makanan serbuk terproses seperti gula, tepung, milo, kopi, serbuk kunyit dan sebagainya telah diproses di kilang di mana kandungan airnya telah disisihkan dengan kaedah pengeringan terkawal atau disebutkan sebagai controlled drying sama ada menggunakan convection oven, vacuum drying, dehydrator atau flash drying. Ini semua teknologi pengeringan makanan.

Maka dengan itu pihak kilang dengan yakinnya boleh mengatakan produknya mengandungi kurang 1% kandungan air sebagai contoh. Hal ini kerana produk mereka dikawal dengan mesin dan sensor. Ada taraf piawaian dan standard tertentu.

Selain itu, kandungan air dalam produk makanan kering ini tidak jauh berbeza iaitu sekitar 2 – 3% sahaja. Ia juga dibungkus dalam plastik kedap udara. Bila dah ada standard piawaian, sifat fizikal dan mekanikal bahan tersebut dah dikekalkan sama atau seakan-akan sama untuk setiap batch pengeluaran. Parameter yang mengawal benda ni adalah ketumpatan pukal atau bulk density pada keadaan tertentu yang melibatkan suhu, kelembapan, tekanan dan sebagainya.

Manakala tanah pula tak dikawal kandungan airnya sebegitu rupa. Juga sesetengah tanah campuran seperti baja yang saya jual, saya tak boleh jual kering sangat sebab dalam tu ada mikrob dan serangga tanah yang perlukan air untuk hidup.

154257003_10158909228743859_8610015577575902696_n (1)
Alat yang digunakan untuk mengukur isipadu tanah. Sumber: Facebook Mohamad Nazmi Zaidi Moni

Bagi setiap batch, saya tak boleh kawal kandungan air secara tepat. Kalau saya jual tanah campur yang diproses dengan kaedah pengeringan terkawal bertaraf industri, harga jadi mahal sikit la. Itu satu hal.

Satu hal lagi adalah hygroscopicity iaitu kebolehan menyerap dan membebaskan air ke kawasan sekeliling oleh sesuatu bahan bergantung kepada kelembapan udara sekitar. Ini selalunya terjadi kepada bahan berserat, yang mana dalam kes saya adalah baja kompos dan cocopeat.

Kalau cuaca di luar lembap, cocopeat dan baja kompos akan menyerap air dari udara dan jadi sedikit berat. Kalau cuaca kering, dia akan membebaskan air tersebut balik. Proses ini adalah semulajadi dan tidak dikawal.

Tanah saya pula tidak dibungkus dalam plastik kedap udara untuk elakkan aktiviti bakteria jadi anaerobik. Jadi disebabkan ini, berat tanah campur itu akan sentiasa berubah-ubah. Nanti kalau tanah berbau busuk dan masam, pembeli juga yang komplen

Kalau nak saya kawal hygroscopic activity ini  boleh cumanya saya kena bina satu bilik kedap udara di mana kadar kelembapan bilik dikawal sepenuhnya menggunakan sensor dan humidifier/dehumidifier. Manakala segala kerja packing perlu dibuat dalam bilik tersebut serta beg bungkusan mesti kedap udara. Akan tetapi harga tanah campur yang saya jual akan lagi mahal daripada harga sekarang, sebab kos bukan kecil nak buat benda-benda ni.

Sukatan isipadu ini adalah lebih sesuai kepada bahan-bahan yang homogenous yang sama jenis, saiz, rupa bentuk dan ciri-ciri tetapi boleh berubah ciri-ciri mengikut keadaan semulajadi.

Juga sesuai untuk benda yang mempunyai ciri-ciri bendalir. Contoh macam kita beli pasir, tanah atau batu konkrit, tauke kedai hardware akan jual dalam bentuk sukatan ‘satu lori’ atau ‘satu bucket‘. Sebab dalam bentuk ini, walau tanah atau pasir dalam keadaan basah, kau masih akan dapat kuantiti hampir serupa dengan kuantiti tanah kering, walaupun berbeza banyak dari segi berat.

Sebuah lagi kesalahan asas adalah dengan memikirkan yang unit isipadu hanya untuk bahan bendalir seperti cecair dan gas. Tidak, pepejal juga boleh diukur dengan unit isipadu. Kalau tidak, bagaimana untuk dapatkan ketumpatan (ρ=m/v).

142628496_106740598101073_9103867703929924779_o (1)
Sumber: facebook Curated Green Co.

Kita kenang balik sejarah. Pada zaman dahulu tok nenek kita pun beli beras ikut sukatan gantang iaitu ukuran isipadu. Begitu juga cupak, guni, tin minyak tanah dan sebagainya.

Cuma sekarang dah boleh jual pakai kilo atas sebab yang dinyatakan tadi untuk bahan serbuk yang dikawal ciri-ciri pengilangannya, serta wujudnya penggunaan alat penimbang yang lebih tepat dan jitu dalam memberi bacaan. Semoga ini menjawab soalan.

Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai isu yang sedang tular mengenai perselihan faham penjual dan pembeli baja ini dengan klik pautan di bawah.

Disangka Tipu Berat Timbangan, Pembeli Ini ‘Disekolahkan’ Penjual Baja Berpendidikan PhD

Baru Beli Kereta ‘Cash’, Kerajaan Pahang Arah Hentikan Aktiviti Lombong Emas Di Kuala Lipis